Bab 1 Kemahiran Komunikasi

Definisi dan Konsep Komunikasi
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Proses komunikasi melibatkan 5 langkah. Iaitu:




Model-model Komunikasi
v  Komunikasi Linear
-          Merupakan satu komunikasi satu hala iaitu pengirim menghantar mesej kepada penerima.
-          Penerima tidak memberi maklumbalas.
-          Bising dan gangguan boleh menggnggu komunikasi ini.

v  Komunikasi Interaksional
-          Komunikasi dua hala antara penghantar dan penerima mesej.
-          Maklumbalas berlaku melalui bentuk verbal dan bukan verbal
-          Pengirim dan penerima bergilir untuk menghantar mesej.

v  Komunikasi Transaksional
-          Merupakan komunikasi secara berterusan diantara pengirim dan penerima mesej.
-          Pengirim dan penerima berkomunikasi secara serentak.                                               


Kepentingan Kemahiran Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi perlu dikuasai bagi memudahkan seseorang mendapat kawan dan diterima
dalam masyarakat. Walaubagaimanapun kita perlu mengetahui latar belakang dan konteks sesuatu situasi
dan keadaan sebelum melakukan komunikasi. Ini adalah penting untuk mendapat satu komunikasi yang
berkesan.

    1.  Hubungan Insan (Kemasyarakatan)
  • Perbezaan budaya sering menjadi faktor penghalang untuk melakukan komunikasi jika terdapatdua orang yang berasal dari latar belakang budaya yang berbeza.
  • Pemahaman dan kaji selidik berkaitan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau kaum memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan betul.
  • Pemahan psikologi iaitu pengatahuan tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku adalah penting selain kemahiran berkomunikasi didalam hubungan insan. 
    1. 2. Akademik
  • Amat penting bagi seseorang mahasiswa untuk berhubung dengan para pensyarah khususnya untuk menyiapakn tugasan kursus (exciment). Ianya meliputi penguasaan dalam penulisan dan juga lisan.
  • Contoh :
  1. Mahasiswa tidak boleh menggunakan bahasa rojak dan bahasa slanga apabila berkomunikasi dengan pensyarah atau menggunakan khidmat pesanan ringkas(SMS) untuk menghubungi pensyarah.
  2. Mahasiswa perlu mengusai teknik  penulisan akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan laporan dan esei bagi menghasilkan kerja yang berkualiti untuk diserahkan kepada pensyarah.
  3. Tugasan secara individu memaparkan kebolehan bekerja sendirian dan tugasan berkumpulan melatih mereka berkomunikasi dengan orang lain, bersabar, bersifat kepimpinan dengan ahli kumpulan.
          3. Kerjaya
  • Perlu pandai mencari peluang kerjaya berdasarkan bidang pengajian, kelulusan dan kebolehan diri sendir.
  • Mencari peluang kerjaya melalui pelbagai sumber seperti suratkhabar, internet  dan sebagainya.
  • Menghasilkan  sebuah  “curriculum vitae” atau resume yang bagus  seperti maklumat peribadi, kemahiran sampingan dan latar belakang kelayakkan akademik. Mahir berkomunikasi semasa ditemuduga seperti menjawab soalan yang ditanya dengan tenang dan mengikut kehendak soalan. Menguasai bahasa lain terutamanya bahasa inggeris.
  • Apabila telah bekerja, perlu mengusai kemahiran berkomunikasi di alam maya. Mahir mencari maklumat (google and yahoo), penggunaan laman social (facebook, twitter) dan lain-lain.
  • Beretika ketika melakukan komunikasi terutamanya didalam penulisan  seperti memfitnah, menghina dan meniru kerja orang lain.
Komponen Komunikasi


Jenis-jenis Komunikasi


KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
  • Komunikasi ini sering berlaku secara serentak dengan komunikasi lisan. Terdapat beberapa aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal seperti berikut :

Ekspresi Wajah :
Boleh membantu komunikasi lebih berkesan. Ianya mencerminkan perasan dan emosi seseorang.

Pandangan mata :
Merupakan isyarat ilmiah. Dengan adanya pandangan mata semasa berkomunikasi, dapat menunjukkan kita menghargai dan focus dengan perbualan tersebut.

Sentuhan :
Mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih saying atau simpati dapat ditonjolkan melalui sentuhan


Gaya Tubuh dan Gaya Berjalan :
Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi diri. Posisi tubuh dan gaya berjalan mencerminkan emosi, konsep diri dan tahap kesihatan seseorang.


Gerak isyarat :
Seperti menggerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara.


Proksemik :
Berkaitan penggunaan ruang. Jarak berkomunikasi menggambarkan tahap keakraban diantara komunikator.


Artifak :
Bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain

Komunikasi Bertulis :
Aktiviti merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambing-lambang bertulis atau grafik. Bertujuan untuk menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Ianya kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.


Bentuk-bentuk Komunikasi

  •     Intrapersonal

  •     Interpersonal

  •     Komunikasi Berkumpulan
Melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi didalam suatu kumpulan besar. Ianya melibatkan beberapa proses seperti perundingan, pembahagian tugas, berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah.


  •     Komunikasi Organisasi
Rumit kerana melibatkan jumlah ahli yang sangat besar dan memerlukan protokol yang tertentu.
        Arah aliran komunikasi :

  •     Komunikasi Awam
- Melibatkan seorang komunikator dengan sejumlah pendengar(khalayak)
- Bentuk-bentuk Pengucapan Awam
        Bersifat Informatif :
        Khalayak didedahkan dengan maklumat semasa atau kemahiran baharu. Pengucapan 
        awam  berbentuk ini biasanya berlaku di kampus universiti, ceramah agama di masjid, 
        kempen keselamatan dan bengkel  kemahiran.
        Bersifat Persuasif  :
        Bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah sikap khalayak. Pengucapan ini biasanya 
        di dalam ceramah parti politik atau kempen untuk mempromosi barangan oleh sesebuah syarikat.

 - Jenis-jenis Pengucapan Awam
        Spontan
        Tanpa pesediaan. Mudah dibuat oleh pemidato yang berpengalaman dan sebaliknya
        Ekstemporan
        Nampak seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia lebih awal 
        dengan kandungan ucapan dan sebagainya. Nota ringkas sebagai rujukan atau mempunyai 
        daya ingatan yang tinggi semasa menyampaikan ucapan.
        Manuskrip
        Ucapan dibuat melalui pembacaan manuskrip. Kadeah ini biasanya digunakan oleh orang  
        kenamaan  seperti Perdana Menteri, Sultan dan sebagainya.
        Hafalan
        Biasanya ucapan sebegini ringkas bertujuan untuk melayan khalayak. Ianya lebih
        bersifat pengacaraan seperti pada majlis hari jadi dan perpisahan.

  •     Komunikasi Silang Budaya
- Komunikasi yang melibatkan individu daripada lata belakang budaya yang pelbagai
- Halangan yang biasa berlaku


  •     Komunikasi Berasaskan Teknologi


Penggunaan Laras Bahasa
Merupakan penggunaan variasi bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu, berdasarkan konteks 
dan situasi. Ianya berubah mengikut situasi, peserta dan tujuan komunikasi.
  •     Jenis-jenis Laras Bahasa
1. Biasa/umum
     Tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana tidak berkaitan dengan bidang ilmiah. Mudah difahami dan tiada istilah teknikal. Ayat digunakan pendek, ringkas dan tidak mengikut tatabahasa.
2. Ilmiah
   Merangkumi bidang ilmu seperti sains, teknologi, matematik dan lain-lain. Ianya bersifat formal, menggunakan istilah dan format mengikut bidang yang dipelajari.
    Contoh : Simbol-simbol khusus dalam pengiraan dalam bidang matematik.Istilah sains dan bahasa teknikal di dalam bidang sains.
3. Agama
     Banyak mengandungi istilah agama kerana banyak melibatkan  wacana agama. Contohnya 
    laras bahasa dalam teks kudus, laras agama perlu digunakan seperti bahasa Arab dalam Al-Quran tidak sama dengan laras bahasa Arab umum.
4. Undang-undang
     Penggunaan istilah-istilah perundangan biasanya dipinjam dari bahasa latin dan inggeris 
     seperti defendan, plantif, prosiding, melafide dan lain-lain.
5. Sastera
     Berbentuk puitis, dramatik, naratif dan deskriptif. Mengandungi mesej tersirat seperti kiasan, 
     peribahasa, personafikasi, metafora atau perlambangan. Kadang kala turut tidak mengikut 
     peraturan tatabahasa.

Halangan Di dalam Komunikasi
Merupakan perkara-perkara yang  menyebabkan komunikasi yang kurang berkesan, mesej 
gagal disampaikan dan salah faham seterusnya menggagalkan komunikasi.

Halangan Persekitaran
Bunyi bising, panas, jarak, suasana yang tidak selesa, tidak selamat dan tegang 

Halangan Sikap Penghantar
Penghanta bersikap negative seperti agresif, mengancam, mengarah, tidak mendengar pendapat orang lain dan hanya merasakan pendapat dia sahaja yang betul.

Halangan Sikap Penerima
Sikap negative penerima seperti tidak memberi perhatian, membuat mimik muka yang tidak elok dan tidak mendengar dengan baik.

Halangan Bahasa
Penggunaan dialek yang berbeza ketika komunikasi, bahasa kasar, sebutan kurang jelas dan nada percakapan yang tidak sesuai.

Halangan Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
Penggunaan bahasa singkatan, symbol “emotion” dan silap menghantar email

Aspek Keberkesanan Berkomunikasi
Komunikasi berkesan mampu merangsang dan memupuk hubungan yang baik antara satu 
sama lain, membantu mencapai kejayaan dalam akademik dan kerjaya.