BAb 3 Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Objektif Pembelajaran:

1. Memberi kefahaman mengenai konsep dan faktor kepimpinan

2. Menjejaskan fungsi utama kepimpinan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesan
3. Membolehkan pelajar menganalisis prinsip-prinsip kepimpinan berdasarkan kes rujukan
4. Membolehkan pelajar mengaplikasi kemahiran kepimpinan dalam menangani masalah
5. menjelaskan konsep kerja berpasukan
6. Membolehkan pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelebihan kerja berpasukan
7. Menjejaskan ciri kerja berpasukan yang berjaya



Pengenalan 
Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu.


DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian sasaran organisasi. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan membelakanginya sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai sasaran organisasi.
Kepimpinan dalam Islam.
Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus,
mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh
seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan
menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan
adil. Aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: ‘Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya.
 
 
10 sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang sempurna:
  1. Yakin.
  2. Mengamalkan Shura.
  3. Berpengetahuan.
  4. Petah.
  5. Adil.
  6. Sabar.
  7. Berdaya Usaha.
  8. Lemah-lembut tapi tegas.
  9. Rela berkorban
  10. Rendah diri dan takut kepada Allah S.W.T (Taqwa)

 

Teori Kepimpinan:

Teori Tret oleh ilmuan islam.
















Teori Tingkah Laku



















Teori Kontigensi
Teori kontigensi adalah teori pengurusan menerangkan banyak pengurusan kontemporari teori yang telah mula digunakan secara meluas sejak tahun 1970-an. Terutamanya X dan Y, teori-teori. Daripada tahun 1960-an. Asas untuk ia teori kontingensi Fiedler, ia menggabungkan idea-idea mengenai ketidaktentuan dalam persekitaran dan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kerja dengan konteks khusus ciri-ciri kepimpinan dan proses membuat keputusan.




















Teori Kontemporari

Kepimpinan Transformasi


1. Menonjolkan tret karisma (Kebolehan meningkatkan rasa bangga,
    yakin, hormat di kalangan pengikut)
2. Melaksanakan pertimbangan secara individu (memberi perhatian
    secara peribadi kepada keperluan setiap pengikut)
3. Merangsang intelektual pengikut (menggalakkan pengikut berfikir
    kaedah kerja/menyelesaikan masalah/membuat keputusan
4. Menyunting inspirasi motivasi supaya mampu bekerja secara
     berpasukan
 Kepimpinan Transaksi
1. Memberi ganjaran mengikut usaha / prestasi pengikut
2. Mengurus secara kekecualian iaitu mengelak memperbaiki
    kaedah/persekitaran kerja selagi ukuran kerja sedia ada dipenuhi oleh
   pengikut.

Kualiti seorang pemimpin yang berjaya.

  1. Sihat                         
  2. Minat dan dedikasi.
  3. Sikap sosial.
  4. Taat setia.
  5. Pintar.
  6. Daya usaha.
  7. Berani.
  8. Jujur.
  9. Disiplin
  10. Tegas dan Fleksibel
  11. Yakin.




Kepimpinan yang efektif ialah suatu prosesuntuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan mendorong tindakan. Pemimpin yang efektif :



1. Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat.

2. Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
3. Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu.
4. Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi


VIDEO KEPIMPINAN SULTAN MUHAMAD AL-FATEH




Kerja Berpasukan




Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.




Ciri-ciri sebuah pasukan adalah:






Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:

  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama



Perbezaaan antara kerja berkumpulan dan kerja berpasukan.

Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”


Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.



Bekerjasama: Kerja berpasukan ialah kerja bersama atau lebih dikenali sebagai kerjasama. Masing-masing saling bantu membantu. Ini bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu, tetapi masih agak asing dalam amalan pengurusan Melayu. Kita ada pepatah yang popular; ‘Yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing’ dan sepatutnya ‘pikulan dan jinjingan’ itu diadaptasikan ke dalam budaya kerja berpasukan.


2. Keputusan dan penyelesaian: Kerja berpasukan dapat mengurangkan beban membuat keputusan dan penyelesaian. Jika saudara seorang majikan, saudara dapat mengurangkan jumlah keputusan yang terpaksa saudara buat, dengan memberikan sebahagian autoriti itu kepada pasukan bawahan saudara. Jika saudara seorang ahli pasukan, saudara juga dapat mengurangkan beban membuat keputusan; kerana dalam kerja berpasukan, keputusan dibuat secara persepakatan, bukan individu.

3. Sumber manusia yang lebih produktif: Dengan kerja secara berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru. Pertama, semangat, fokus, dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa keseorangan dan rasa kebersamaan. Selain daripada itu, ‘pasukan’ itu sendiri menjadi satu sumber manusia yang tersendiri. Pasukan boleh dianggap sebagai suatu entiti yang mempunyai kelebihan dan produktiviti sendiri. Contohnya, tugasan membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang kompleks tidak boleh dikendalikan oleh seorang ahli, tetapi ia boleh disempurnakan oleh sebuah pasukan. Begitu juga dengan tugas-tugas yang lain. Dalam keadaan sebegini, memiliki pasukan itu sendiri seolah-olah memiliki satu lagi ‘sumber manusia’ yang berkebolehan, cekap dan berkesan.

4. Komitmen: Dengan membina pasukan yang baik, bermakna saudara juga membina komitmen yang baik. Jika saudara berada dalam sebuah pasukan yang bersemangat dan cekap, sudah pasti saudara juga cekap dan bersemangat; begitu juga sebaliknya. Oleh itu, menjadi tugas induk membina sebuah pasukan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik, yang bersesuaian dengan tugas dan matlamat yang hendak dicapai.

5. Komunikasi: Dalam sesebuah pasukan, komunikasi adalah penting. Seseorang ketua pasukan mestilah sentiasa berusaha mewujudkan sistem dan budaya komunikasi yang tulus dan terbuka. Dia juga mesti memberi pendorong kepada mereka yang memendam akan lebih meluahkan apa yang terbuku. Ahli-ahli pasukan perlu sentiasa memastikan rakan-rakan sepasukan dapat menyampaikan maklumat dan mesej yang diperlukan. Dengan itu, organisasi tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pandangan dan respons daripada pasukan berbanding dengan individu.

6. Kualiti: Ini adalah satu lagi produk kerja berpasukan iaitu kualiti. Saudara harus faham, pasukan terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dengan bekerja dalam satu pasukan, kekuatan ini akan bergabung dan mengeluarkan hasil yang cukup menakjubkan. Ia seperti batu-bata yang kecil; apabila ia bergabung, boleh membina sebuah tembok yang tinggi dan kukuh!

7. Semangat dan motivasi: Apabila kita bekerja bersama-sama dengan rakan yang lain, saudara akan berasa lebih bersemangat dan berdaya tahan. Apabila saudara melihat kesukaran dan kesusahan yang turut dihadapi oleh rakan sepasukan, semangat saudara kembali bersinar dan saudara berterusan menghadapi masalah dengan yakin. Contohnya seperti kisah para sahabat Nabi Muhammad dalam peperangan, bagaimana mereka mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi, apatah lagi apabila melihat para pejuang yang lain syahid di hujung pedang. Inilah antara yang menjadi pendorong kepada kekuatan tentera Islam dalam sejarahnya yang gemilang.

8. Mengurangkan tenaga serta kakitangan: Apabila produktiviti meningkat, maka dengan sendiri tenaga kakitangan dapat dioptimumkan. Hasilnya, organisasi akan dapat mengurangkan kos, dan menumpukan kepada proses pembangunan dan pengembangan organisasi untuk melangkah lebih jauh.


9. Kepuasan bekerja: Bekerja secara berseorangan boleh mengakibatkan kebosanan dan jemu. Dengan menghayati kerja berpasukan dengan baik, saudara akan berasa lebih puas dan gembira menjalankan tuga