Tugasan komunikasi


Komunikasi adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa komunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Namun, adab ketika berkomunikasi juga adalah penting dalam menyampaikan sesebuah maklumat.

Kemahiran komunikasi yang efektif disamping adab dan etika komunikasi yang baik akan membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar bagi meningkatkan keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

Ulasan Video

1. Bad Translation.
• Penggunaan ayat yang salah.
• Ejaan yang tidak betul di papan-papan tanda.
• Struktur atau susunan ayat yang tidak betul.
• Komunikasi satu hala yang boleh menyebabkan salah faham berlaku.

2. Communication Skills
• Video ini menceritakan bagaimana untuk berkomunikasi dengan betul.
• Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika berkomunikasi dihadapan penonton.Di antaranya ialah:
o Mengetahui perkara atau topic yang akan dibincangkan kepada para penonton.
o Mengawal rasa gemuruh atau takut.
o Berfikir sebelum berkata-kata.
o Percaya serta yakin dengan pengucapan.
o Memfokuskan kepada perkara yang penting.
o Pandai untuk menarik perhatian penonton agar member perhatian kepada pengucapan.

3. Language Problem
• Komunikasi antara dua pihak yang tidak difahami antara satu sama lain oleh kerana ‘Slang’ bahasa yang agak sukar untuk difahami.
• Gangguan bunyi bising menyebabkan penyampaian maklumat tidak sampai dengan sempurna.
• Menyebabkan salah faham di antara dua pihak.

4. Mat Salleh ajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu.
• Video mengenai dua orang warga asing (mat salleh) mengajar penonton untuk berbahasa Inggeris dengan betul dari segi slang serta cara sebutan mengikut cara yang sebenarnya.
• Intonasi dan penggunaan bahasa melayu yang kurang tepat boleh menyebabkan salah faham.
• Komunikasi satu hala tanpa ada sebarang tindak balas dari penonton.

5. Orang Arab bercakap Bahasa Melayu loghat Kelantan.

• Orang Arab ini begitu fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan.
• Beliau belajar bahasa dan loghat Kelantan dengan bergaul dengan penutur bahasa yang dipelajari.Mempercepatkan proses bercakap.
• Menurutnya beliau suka makan budu sebab itu beliau fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan.
• Berusaha dengan mengkaji bahasa yang ingin dipelajari.
• Melihat filem-filem Melayu untuk menguasai bahasa dan bertanya pada kawan jika tidak faham maksudnya.
• Mempunyai kelebihan jika kita dapat menguasai bahasa lain.

6. Pidato bahasa Melayu.
• Pidato yang disampaikan oleh warga asing dalam bahasa melayu yang bertajuk pidato “Kecermerlangan”.
• Ilmu lebih berharga dari harta.
• Mengunakan bahasa yang bercampur dan lebih kepada pengunaan bahasa Indonesia.Contohnya banyak mengunakan bahasa kakek=, panasaran,hitung=kira, gedung= bangunan, guru= cikgu, mandiri= sendiri, daerah = kampung, baja = besi, bisa = boleh.
• Pandai menarik perhatian penonton untuk mendengar pengucapan.

7. Rakaman Video Tugasan 1 Kemahiran Komunikasi.
• Pelajar tidak mengunakan ayat yang sopan dan tidak mengunakan ayat sapaan sebelum bertanya.Contohnya “Assalamualaikum”, Selamat Pagi”.
• Kurang memberi perhatian ketika mendengar maklumat.
• Tidak mengucapkan kata terima kasih.
• Bertanya dalam nada yang kurang sopan.
• Tidak menyebut panggilan dengan betul seperti “Doktor”, “Puan”, “Tuan”, “Profesor” dan sebagainya.

8. Workplace Communication
• Sikap pekerja yang menjalankan komunikasi yang tidak efektif dengan menyampaikan maklumat yang tidak lengkap dan tidak tepat akan berkemungkinan menyebabkan majikan mereka mengalami kerugian.
• Sikap sambil lewa pekerja dalam mencapai sasaran komunikasi di dalam sesebuah organisasi haruslah diubah demi meningkatkan prestasi keuntungan sesebuah organisasi.
• Apabila sasaran komunikasi dapat diterapkan dalam sesuatu organisasi maka sasaran yang dituju untuk mempersatukan individu-individu yang tergabung dalam organisasi tersebut akan dicapai dan dalam pada masa yang sama, ia dapat membantu perkembangan pengurusan sesebuah syarikat.

Komunikasi adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan. Melalui komunikasi kita dapat berinteraksi dengan orang lain. Dalam berkomunikasi perlu ada batas, perlu untuk melihat suasana keadaan, orang yang kita berinteraksi.

Kita perlulah sopan dalam berkomunikasi agar tiada pihak yang akan terasa atau salah faham dengan apa yang kita cuba untuk sampaikan. Kita perlulah berfikir sebelum berkata-kata agar tidak mengundang salah faham. ‘Slang’ bahasa juga perlulah diperbaiki agar setiap individu dapat memehami apa yang cuba untuk kita sampaikan.


Komunikasi berkesan adalah apabila seseorang individu itu dapat tindak balas daripada individu yang lain seperti yang diharapkan. Ianya satu proses yang akan dapat mengubah cara seeorang berfikir dan mengubah kelakuan seseorang.