Bab 4 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


OBJEKTIF

1.       Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
2.       Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.
3.       Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri.

PENGENALAN

Kita sebagai manusia, belajar adalah perlu.pembelajaran bermula sejak kandungan ibu lagi. Apabila dilahirkan prosesnya diteruskan. Bermula daripada komuniti yang kecil iaitu keluarga da seterusnya hingga dalam kelompok masyarakat yang besar, banyak maklumat yang diterima sepanjang proses pembelajaran tersebut, namun tidak semua maklumat itu benar dan tidak semua yang benar itu berguna kepada semua manusia, tetapi mungkin berguna kepada manusia yang lain. PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, keluarga , dan masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna kepada diri. Dengan kemantapan dan kefahaman yang benar tentang ilmu, maka potensi yang ada itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses tersebut akan berlaku tindak balas (reflex) dan cabaran yang membentuk ketajaman berfikir kepada pelajar. Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tetapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap.
Ketepatan dan kecekapan maklumat adalah antara faktor utama dalam pembelajaran. Aspek ini menjadi keutamaan dalam pencapaian matlamat pembelajaran. Perkembangan ini wajar diteruskan berterusan sepanjang kehidupan seorang individu itu terutama semasa tempoh pendidikan formal yang dilalui mereka.


KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Kepentingan pengurusan maklumat memang tidak dinafikan. Pada peringkat individu, ia boleh membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka. Alam kerjaya adalah berbeza daripada alam universiti. Banyak kemahiran dan pengetahuan yang baru perlu dipelajari oleh setiap manusia. Justeru, kemahiran pengurusan maklumat amatlah penting untuk menguasai pelbagai kemahiran terkini. Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap (Beijerse 1999).
Pada abad ke-21 ini, perkembangan teknologi dan pelbagai perkara yang berkait rapat dengan kehidupan kita berlaku dengan amat pesat. Kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting sama ada berkaitan kerjaya, keluarga, masyarakat, atau Negara. Jadi, kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajran sepanjang hayat amat relevan dalam aspek ini.
Menurut Zahiyah dan Abdul Razak (2010), PSH ialah satu proses pencarian ilmu pengetahuan samada untuk kepribadian  atau golongan profesional yang berlaku sepanjang masa, bersifat sukarela dan atas motivasi kendiri. PSH berupaya  mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni, dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.penguasaan PSH adlah sejajar dengan kehendak sosial dan ekonomi semasa yang mendorong individu supaya menjadi aktif demi kebaikan diri sendiri.


PENGURUSAN MAKLUMAT

Definisi dan Konsep Maklumat

Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu, maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.

Ciri-ciri Maklumat
1.       Relevan
2.       Boleh dipercayai
3.       Boleh difahami
4.       Lengkap
5.       Tepat
6.       Membantu mengurangkan ketidakpastian

Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia sekeliling. Proses pengumpulan maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.

Konsep Literasi Maklumat

Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat (Byerly et al. 1999). Pelajar yang celik maklumat seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif (Byerly et al. 1999).
Menurut Mackenzie (1997), dalam garis panduan mengenai literasi maklumat untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH) yang telah disediakan ole Lau (2006), orang yang celik maklumat berkebolehan dalam :-
·         Menggali : berkeupayaan mengesan maklumat yang berkaitan, menyaring, menyisih, dan mimilih maklumat.
·         Mentafsir : berupaya untuk menterjemahkan data dan maklumat kepada pengetahuan, wawasan, dan kefahaman.
·         Mencipta idea-idea baru : berkeupayaan membangunkan wawasan-wawasan baru.

Literasi maklumat adalah satu “set kemahiran “ yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri, penggunaan alatan, seperti tutorial dalam talian ; penggunaan teknik,seperti bekerja dalam kumpulan; dan penggunaan kaedah,seperti pergantungan kepada mentor; pembimbing ; dan omsbudman (Lau 2006).




Tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat
1.       Akses
2.       Penilaian
3.       Penggunaan maklumat

Akses : Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan

·         Definisi dan Pernyataan Keperluan Maklumat
i)        Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat.
ii)       Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
iii)     Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat
iv)     Kebolehan untuk memulakan proses pencarian.

·         Pengesanan maklumat
i)        Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi.
ii)       Kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian.
iii)     Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
iv)     Kebolehan untuk memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.

Penilaian : Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.

·         Pentaksiran maklumat
i)        Kebolehan untuk menganalisis, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.
ii)       Kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
iii)     Kebolehan untuk memilih dan mensintesis maklumat
iv)     Kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula.

·         Penyusunan maklumat
i)        Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat.
ii)       Kebolehan untuk mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh.
iii)     Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.

Penggunaan : Pengguna berupaya mengaplikasikan / menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif

·         Penggunaan maklumat
i)        Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi,mempersembah dan menggunakan maklumat.
ii)       Kebolehan untuk menggunakan maklumat.
iii)     Kebolehan untuk mempelajari atau mendalami maklumat.
iv)     Kebolehan untuk memperssembahkan produk.

·         Komunikasi dan penggunaan beretika maklumat
                                I.            Kebolehan untuk memahami penggunaan beretika maklumat.
                              II.            Kebolehan untuk menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
                            III.            Kebolehan untuk memperkatakan tentang produk pembelajaran.



PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Konsep

Proses pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.

PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :

  • Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
  • Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
  • Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
  • Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
  • Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.



RUMUSAN

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.